Pages

Thursday, November 22, 2012

KATA NAMA


sumber: youtube-iTTV Year 5 Bahasa Malaysia Chapter 1 Tatabahasa (Kata Nama Am, Kata Nama Khas)

KATA NAMA
1.   Kata nama am digunakan untuk menamakan manusia, binatang, tempat, tumbuh-tumbuhan atau benda.
2.   Kata nama terdiri daripada kata nama dan kata nama khas.

KATA NAMA AM
1.   Kata nama am digunakan untuk menamakan sesuatu benda, orang, binatang dan tempat secara umum.
2.     Kata nama am ditulis dengan huruf kecil, kecuali di permulaan ayat.
3.     Jenis-jenis kata nama am terbahagi kepada:
Kata Nama Am
Contoh
Ayat contoh
Kata Nama Am Benda Hidup
Ayam, kucing, lembu, petani, polis, guru.
1.     Kak Lina bertugas sebagai guru Bahasa Malaysia di sekolah itu.
2.     Pokok bunga mawar yang ditanam oleh ibu berbunga lebat.
Kata Nama Am Benda Tidak Hidup
Meja, buku, kayu, masjid, sekolah, klinik
1.     Mereka sekeluarga berhenti untuk bersolat di masjid kampung itu.
2.     Rizal terjaga daripada tidur apabila cahaya matahari menembusi tingkap biliknya.

KATA NAMA KHAS
1.   Kata nama khas membawa maksud khusus kepada sesuatu nama orang, benda, binatang atau tempat.
2.   Huruf pertama untuk kata nama khas mestilah dimulakan dengan huruf besar.
3.   Kata nama khas juga terbahagi kepada kata nama khas benda hidup dan kata nama khas benda tidak hidup.
Kata Nama Khas
Contoh
Ayat contoh
Kata Nama Khas Benda Hidup
Jamaludin, Ravi, Si Comel, Profesor Razak
1.   Datuk Farhan merupakan pengerusi Kelab Belia Taman Bahagia.
2.     Kakak mengelap bulu Si Tompok setelah memandikannya.
Kata Nama Khas Benda Tidak Hidup
Bank Negara, Korea, Jalur Gemilang, Rakan Sains
1.   Kami mengadakan ulang kaji berkumpulan di Perpustakaan Negara.
2.     Carine memenangi tempat pertama dalam peraduan yang diadakan dalam majalah Rakan Sains.

LATIH TUBI


KATA PEMBENAR

KATA PEMBENAR


          1.     Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.   
          2.     Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul.

Kata Pembenar
Ayat Contoh
ya
1.     Ya, buku tiu kepunyaan Ramli.
2.     Ya, saya murid Tahun 5 Cerdas.
benar
1.     Benar, harga rumah itu sangat mahal.
2.     Benar, dialah yang melukis lukisan itu.
betul
1.     Betul, benda hidup memerlukan oksigen.
2.     Betul, mereka telah memenangi pertandingan itu.



LATIH TUBI
   

KATA ARAH



KATA ARAH
1.     Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan kedudukan atau hala sesuatu benda.
2.     Kata arah didahului dengan kata sendi nama.
3.     Contoh kata arah adalh seperti berikut:

Kata Arah
Ayat Contoh
atas
Adik duduk di atas  riba ibu.
antara
Salmi duduk di antara Noni dan Fanny di dalam kelas.
bawah
Kambing peliharaan Pak Mat berlindung di bawah rumah apabila hari hujan.
belakang
Di belakang rumah itu terdapat sebatang pokok manga yang berbuah lebat.
dalam
Zaki menyimpan nombor telefon ibunya ke dalam telefon bimbitnya.
depan/hadapan
Pengawas itu berdiri di hadapan murid-murid semasa perhimpunan.
hilir
Wartawan itu membuat liputan mengenai pencemaran suangi yang berlaku di hilir sungai itu.
hulu
Rumah Tok Penghulu Kampung Jaya itu terletak di hulu sungai.
luar
Maya menyerahkan bungkusan itu kepada Alice dari luar pagar rumah sahaja.
penjuru/sudut
Almari itu diletakkan di penjuru bilik Aina.
seberang
Di seberang sungai itu ada sebuah pondok yang usang.
sisi
Zizan berdiri di sisi kuda yang hendak ditunggangnya.
tengah
Murid-murid lelaki itu sedang bermain bola di tengah padang.



LATIH TUBI



KATA KERJA



KATA KERJA 

1. Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan oleh manusia, binatang atau benda.
2.     Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

KATA KERJA TRANSITIF

·  Kata kerja transitif mesti disertai objek iaitu kata nama untuk membentuk ayat yang sempurna.
·  Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan oleh pembuat (subjek)ke atas sesuat benda (objek).
·  Kata kerja transitif diikuti oleh objek atau penyambut untuk melengkapkan maksudnya.
·        Objek dalam kata kerja transitif adalah terdiri daripada frasa nama.

Subjek
Predikat
Kata kerja Transitif
objek
Kamal
menendang
bola.
Rahim
menangkap
Ikan.
Kakak
menjemur
kain.


KATA KERJA TAK TRANSITIF
·  Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang menerangkan tentang sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat (subjek) ke atas diri sendiri.
·    Kata yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya:


Subjek
Predikat
Kata Kerja Tak Transitif
Objek
Adik
tidur
di atas riba ibu.
Ravin
membaca
buku cerita.

            ·         Kata kerja tak transitif boleh didapati dalam bentuk:
                            a)    Kata asal : makan, tidur, pulang
                            b)    Kata berimbuhan: berlarian, meraikan, menyanyikan
                            c)    Kata berimbuhan men- : menulis, melompat
                            d)    Kata imbuhan ter- : terkejut, tersenyum


LATIH TUBI


Add caption