Pages

Thursday, November 22, 2012

KATA NAMA


sumber: youtube-iTTV Year 5 Bahasa Malaysia Chapter 1 Tatabahasa (Kata Nama Am, Kata Nama Khas)

KATA NAMA
1.   Kata nama am digunakan untuk menamakan manusia, binatang, tempat, tumbuh-tumbuhan atau benda.
2.   Kata nama terdiri daripada kata nama dan kata nama khas.

KATA NAMA AM
1.   Kata nama am digunakan untuk menamakan sesuatu benda, orang, binatang dan tempat secara umum.
2.     Kata nama am ditulis dengan huruf kecil, kecuali di permulaan ayat.
3.     Jenis-jenis kata nama am terbahagi kepada:
Kata Nama Am
Contoh
Ayat contoh
Kata Nama Am Benda Hidup
Ayam, kucing, lembu, petani, polis, guru.
1.     Kak Lina bertugas sebagai guru Bahasa Malaysia di sekolah itu.
2.     Pokok bunga mawar yang ditanam oleh ibu berbunga lebat.
Kata Nama Am Benda Tidak Hidup
Meja, buku, kayu, masjid, sekolah, klinik
1.     Mereka sekeluarga berhenti untuk bersolat di masjid kampung itu.
2.     Rizal terjaga daripada tidur apabila cahaya matahari menembusi tingkap biliknya.

KATA NAMA KHAS
1.   Kata nama khas membawa maksud khusus kepada sesuatu nama orang, benda, binatang atau tempat.
2.   Huruf pertama untuk kata nama khas mestilah dimulakan dengan huruf besar.
3.   Kata nama khas juga terbahagi kepada kata nama khas benda hidup dan kata nama khas benda tidak hidup.
Kata Nama Khas
Contoh
Ayat contoh
Kata Nama Khas Benda Hidup
Jamaludin, Ravi, Si Comel, Profesor Razak
1.   Datuk Farhan merupakan pengerusi Kelab Belia Taman Bahagia.
2.     Kakak mengelap bulu Si Tompok setelah memandikannya.
Kata Nama Khas Benda Tidak Hidup
Bank Negara, Korea, Jalur Gemilang, Rakan Sains
1.   Kami mengadakan ulang kaji berkumpulan di Perpustakaan Negara.
2.     Carine memenangi tempat pertama dalam peraduan yang diadakan dalam majalah Rakan Sains.

LATIH TUBI


19 comments:

  1. bagusnya!!! sebagai murid tahun lima internet memang memberi banyak maklumat di hujung jari sahaja. terima kasih internet!!

    dari: seluruh murid sk bukit setongkol

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. I like this blog 👍👍😁😁😁😁

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas bantuan anda. Saya sudah hampir dengan peperiksaan akhir tahun. Syukurlah saya terjumpa website ini

    ReplyDelete
  5. Ms Logeswari sudah mengajar saya terima kasih untuk latihan ini

    ReplyDelete
  6. ada untuk sk kolombong ke bole tiru di internet , Internet ini sangat bagus di gunakan semasa covid-19ini harap semua sihat pada tahun ini makasih Internet you are the best tapi jangan terpedaya dengan internet nanti panik kita

    ReplyDelete
  7. ianya sangat berguna sebagai rujukan pelajar.

    ReplyDelete